KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI
UUMCOLGIS
UUMCOLGIS
Syukur diucapkan
kepada Allah SWT diatas kejayaan pihak pusat pengajian undang-undang, kerajaan
dan pengajian antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia dalam
melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi persatuan yang bernaung
UUM COLGIS. Kursus ini diadakan pada 19-21 Februari 2014 yang berlangsung di
Hotel Swiss Inn Sungai Petani selama 3 hari 2 malam.
KPO ini diadakan pada
tiap-tiap tahun bagi membantu persatuan-persatuan yang bernaung dibawah COLGIS
untuk merancang program tahunan mereka. sebanyak 8 Persatuan yang
bernaung di bawah UUM COLGIS iaitu :
bernaung di bawah UUM COLGIS iaitu :
1)
Persatuan Pengurusan Awam,
2)
Persatuan Undang-Undang,
3)
Persatuan Pengurusan Pembangunan,
4)
Persatuan Pelancongan,
5)
Persatuan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa,
6)
Persatuan Hubungan Antarabangsa,
7)
Persatuan Hospitaliti,
8)
Persatuan Sains Politik.
Seramai 72 peserta
terlibat di dalam kursus ini, pihak UUMCOLGIS telah meletakkan syarat kepada 8
buah persatuan supaya menghantar 10 orang wakil daripada setiap persatuan.
Pada 19hb Februari
2014, kami semua bertolak dari Universiti Utara Malaysia pada jam
10 pagi dan
tiba di Hotel penginapan pada jam 2 petang. Kami dikumpulkan di dalam satu
dewan sederhana bagi pihak UUM COLGIS menerangkan serba sedikit aktiviti yang
berlangsung selama 3 hari itu. Selain itu, program Ice Breaking juga dijalankan
bagi merapatkan lagi hubungan antara para peserta yang bernaung di bawah satu
pusat pengajian yang sama.
Acara ini dirasmikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar
dan Alumni COLGIS,
Dr. Muhammad Fuad Othman.
Pada 20 Februari 2014
pula, kami di beri taklimat dan diberi masa untuk merancang pelbagai aktiviti
yang bakal dilaksanakan pada tahun 2014 daripada setiap persatuan. Penglibatan
adalah
terdiri daripada setiap ahli dalam persatuan dan dibantu oleh seorang
penasihat yang terdiri daripada pusat pengajian kos masing-masing dan penasihat
telah ditetapkan oleh ihak UUM COLGIS.
Peranan penasihat digunakan dengan sebaik mungkin oleh setiap
persatuan bagi meminta sebarang pendapat dan nasihat dalam perancangan setiap
program yang bakal dilaksanakan. Pihak
UUM COLGIS telah menetapkan beberapa
syarat untuk setiap persatuan dalam merancang setiap progam. Setiap
persatuan diwajibkan untuk melaksanakan
10 program berunsur akademik dan
10 program berunsur kemahiran insaniah. Sesi
perancangan program sepanjang 2014 tamat pada waktu petang. Pada malam pula,
kami didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan
dengan hal-hal kewangan di
dalam kertas kerja seperti bajet kewangan, tajaan wang dari pihak luar, cara
menuntut bayaran dan sebagainya. Selepas taklimat kewangan tamat, kami semua
disajikan dengan BBQ oleh pihak Hotel Swiss Inn, Sungai Petani.
Pada pagi 21 Februari
2014, semua persatuan perlu membentangkan hasil perancangan program mereka yang
dibuat dan dibincang pada 20 feb 2014. Program ini berakhir dengan jayanya dan
persamian penutup dirasmikan oleh Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia iaitu Prof.
Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul Karim.
Setinggi perhargaan
dan terima kasih kepada pihak UUM COLGIS
iaitu En. Budiman, En. Naim dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan
Kursus Pengurusan Organisasi COLGIS.
Tidak dilupakan juga kepada para peserta
atau wakil daripada persatuan-persatuan
dibawah UUM COLGIS yang bersama-sama
dalam menjayakan aktiviti tahunan ini.
Sebuah ucapan perhargaan
yang tinggi juga diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni Universiti Utara Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj. Abdul
Karim kerana sudi hadir walaupun sibuk dengan pelbagai kerja dan Dekan
Pembangunan Pelajar dan Alumni COLGIS, Dr. Muhammad Fuad Othman yang terlibat
dalam menjayakan program ini.
Ahli Persatuan Pengurusan Awam bersama TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM (Tengah), Dekan Pembangunan Pelajar (Dua dari kiri) dan Alumni UUM COLGIS, dan Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni UUM COLGIS (Empat dari kiri).
Bergambar bersama penasihat Persatuan Pengurusan Awam UUM, Dr. Rozita Bt Abdul Mutalib (tengah).